Rawatan Dengkur dan Kos Fotona Laser di Malaysia 2019
Berdengkur sewaktu tidur adalah perkara biasa. Selain daripada menyebabkan gangguan tidur teman sebilik anda ianya tidaklah berbahaya. Dengkuran yang berbahaya ialah jenis kuat (kadangkala boleh didengari daripada luar bilik) disertai pernafasan yang terhenti selama beberapa saat menyebabkan paras oksigen dalam darah menurun. Dengkuran seperti ini menyebabkan tidur yang tak puas dan menganggu prestasi belajar/ kerja pada siang harinya. Pesakit boleh tertidur sewaktu bercakap di telefon, sedang menghadap komputer dan lebih teruk; tertidur sewaktu sedang memandu kenderaan atau sedang mengendalikan mesin berat. Ini adalah masalah yang disebut sebagai OSA (Obstructive Sleep Apnoea) iaitu pesakit berhenti bernafas sewaktu tidur akibat laluan pernafasan yang tersekat. Kos Rawatan Laser Dengkur di Malaysia Kos rawatan laser dengkur bergantung kepada 2 perkara. Perkara pertama adalah teknik dan teknologi laser yang dipakai oleh doktor. Perkara kedua adalah bergantung kepada j...