Isteri Dr Say Rasa Bersalah Kos Rawatan Bersalin Cecah RM20,000
Baru-baru ini doktor selebriti terkenal tanah air Dr Shazril Shaharuddin telah dikurniakan cahaya mata yang pertama hasil perkahwinannya bersama Dr Azura Abas. Menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi kisah kos rawatan bersalin isterinya yang mencecah puluh ribu ringgit disebabkan bersalin secara operation caesar. Isterinya sedih mengenangkan kos rawatan yang perlu dibayar agak tinggi disebabkan dia tidak mampu bersalin secara normal namun berjaya ditenangkan olehnya. Terduduk saya dibuatnya Setelah empat hari warded, hari ini bini dan baby saya dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi-lagi operation caesar, saya boleh agak-agak kosnya yakni dalam RM10-15k. Tapi bila jumlah bil sebenar dibisik ke telinga saya, terduduk saya dibuatnya bang. RM20k total. Saya jadi resah memikirkan bagaimana saya nak sampaikan nombor kepala dua ni kepada bini. Bini start push-push tanya berapa bil, saya tewas dengan desakannya dan dengan berat hati saya sampaikan berita nombor ...