Posts

Showing posts from February, 2020

Rawatan Stem Cell di Malaysia 2020 - Harga dan Pusat Terbaik

Image
Anda sedang mencari rawatan atau pengobatan stem cell terbaik di Malaysia? Antara soalan-soalan popular adalah: Risau sama ada rawatan stem cell dikendalikan oleh doktor bertauliah di Malaysia? Kurang pasti tentang harga Rawatan Stem Cell di sekitar Malaysia? Harga Rawatan Stem Cell di Malaysia Kos rawatan stem cell bergantung kepada beberapa perkara. Perkara pertama adalah bergantung kepada jenis rawatan dan perkara kedua bergantung sama ada rawatan anda diberikan di pusat kerajaan atau swasta. Kos purata untuk rawatan menggunakan stem cell hematopoietik (HSC - Hematopieitic Stem Cells) untuk rawatan kanser darah (leukaemia dan lymphoma) adalah dalam linkungan RM 200,000 - 250,000 di pusat-pusat swasta. Melalui Tabung Bantuan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, kos rawatan dapat dikurangkan ke dalam linkungan RM 40,000 - 60,000 di Hospital Universiti. (Rujukan:  1st National Stem Cell Congress held in November 2012 ). Selain daripada penggunaan unt...

Pembedahan Plastik di Malaysia - Harga, Statistik dan Klinik Terbaik

Image
Industri pembedahan plastik di Malaysia akan berkembang maju kerana kecantikan kini sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat. Rawatan estetik dan pembedahan plastik amat berleluasa di Malaysia mungkin disebabkan oleh perkembangan budaya 'selfie' dan telefon bimbit moden yang mempunyai 4 -5 kamera. Statistik Pembedahan Plastik di Malaysia Mengikut statisik Whatclinic.com yang berdasarkan kepada pertanyaan pembedahan plastik melalui emel, terdapat sebanyak 5,513 pertanyaan pada tahun 2015 dan sebanyak 4,777 pertanyaan pada tahun 2016. 43 peratus yang membuat pertanyaan adalah dalam lingkungan umur dari 25 - 34 tahun. Berdasarkan statistik di atas: Prosedur yang paling tinggi adalah prosedur sedut lemak, sebanyak 1201 petanyaan pada tahun 2016. Prosedur pindah lemak, naik 30%; 563 pada tahun 2016, meningkat dari 434 pertanyaan pada tahun 2015. Prosedur estetik laser faraj, naik 191%; 300 pada tahun 2016, meningkat dari 103 pertanyaan pada tahun 2015. H...

Harga Pembedahan Plastik di Malaysia 2020

Image
Sedang mencari harga-harga pembedahan plastik di Malaysia? Kami telah menyusun maklumat harga pembedahan plastik di Malaysia mengikut jenis pembedahan plastik. Di bawah adalah senarai harga pembedahan plastik di Malaysia. Harga Liposuction di Malaysia Kos pembedahan sedut lemak atau buang lemak adalah dalam lingkungan RM 10,000 untuk satu kawasan rawatan. Senarai harga purata: Liposuction bahagian perut - RM13,000 Liposuction bahagian peha (dua belah) - RM15,000 Liposuction bahagian belakang - RM12,000 Liposuction bahagian punggung - RM10,000 Liposuction bahagian lengan (dua belah) - RM9,000 Saudari perlu berhati-hati untuk prosedur ini. Banyak sangat tempat-tempat yang tak bertauliah. Pastikan anda buat prosedur ini di hospital yang bertauliah dan pakar bedah plastik yang bertauliah. Harga Tanam Rambut di Malaysia Kos hair transplant bergantung kepada 2 perkara. Perkara pertama adalah bergantung kepada teknik doktor mengambil rambut sama ada di bahagian ...

Rawatan PRP (Platelet Rich Plasma): Harga dan Review di Malaysia 2020

Image
Teknik rawatan mencantikkan kulit dan bentuk wajah menggunakan darah sendiri antara teknologi terkini dalam bidang estetik yang digunakan secara meluas termasuk di negara ini. Antara rawatan itu ialah teknik Platelet Rich Plasma (PRP) yang digemari khususnya sebilangan wanita bagi mendapatkan mendapatkan kulit licin, mulus, berseri dan membantu mengatasi masalah tanda penuaan seperti garis halus dan pigmentasi. Mungkin ada yang ragu-ragu menggunakan darah sendiri dianggap najis. Bagaimanapun, bagi teknik itu darah pesakit diproses dan hanya mengambil plasma yang disuntik pada bahagian wajah. Dengan melakukan kaedah itu ia dapat merangsang peningkatan kolagen, mencerahkan kulit menerusi stem sel yang terkandung dalam plasma secara semula jadi. Pakar Estetik Klinik Pesona, Dr Abdul Jamil Jamal Buhari, berkata tiada unsur bercanggah dengan hukum syarak bagi mereka yang ingin melakukan teknik ini. Beliau memetik kenyataan, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid yang menjelask...